LOGO RASMI DAN PENERANGAN LOGO PERTUBUHAN BANJAR MALAYSIA 2023
Logo berbentuk bulat melambangkan alam sejagat dengan tulisan nama "PERTUBUHAN BANJAR MALAYSIA secara membulat membawa maksud organisasi yang dinamik, progresif dan bersifat sejagat.
Warna biru membawa maksud keamanan dan kedamaian sementara warna kuning melambangkan kemuliaan.
Daun melambangkan tradisi orang-orang Banjar yang berkait rapat dengan pertanian. Bentuk buku dan rihal melambang ilmu pengetahuan yang berlandaskan kepada agama islam sebagai panduan. Sementara bentuk intan melambangkan pertubuhan sentiasa berusaha untuk mencapai nilai yang tinggi.
Motto 'Kayuh Baimbai' melambangkan gerakan berpesatuan dengan semaua ahlinya sentiasa bersama-sama memikul tanggungjawab.
1. Logo rasmi Pertubuhan Banjar Malaysia ini telah diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada tanggal 9hb September 2022.
2. Penggunaan logo rasmi Pertubuhan Banjar Malaysia.
Sehubungan dengan perkara di atas, adalah di maklumkan bahawa PERTUBUHAN BANJAR MALAYSIA dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa nya yang diadakan pada tanggal 11hb September 2022 telah memutuskan bahawa penggunaan " LOGO PBM " hendaklah mendapat kebenaran daripada PBM Pusat.
