Jenis jenis tanah di Langkap Perak
Tanah loam
berwarna hitam dan sangat gembur, lembut dan rapuh di tangan anda apabila dipegang. Ia menyerap air dengan baik untuk tanaman tetapi cepat kering. Tanah jenis ini mempunyai daya pengudaraan yang baik iaitu bebas bergerak di antara partikel tanah hingga ke akar tanaman.
Sesuai tanam sawi, terung dan kacang panjang.
Tanah liat
mempunyai daya memegang air yang tinggi. Pengudaraan kurang baik menyebabkan udara sangat kurang dalam tanah. Tanah ini juga mempunyai saliran yang rendah.
Sesuai tanam padi, jagung dan tebu
Tanah kelodak
mempunyai keupayaan menakung air yang tinggi. Saiz kumin kelodak lebih halus daripada pasir iaitu antara 0.002mm hingga 0.05mm. Sifat-sifat yang ada pada tanah jenis ini menyebabkan beberapa jenis tanaman tertentu sahaja yang boleh ditanam
Sesuai tanam kelapa sawit, koko dan ubi keledek
TANAH PASIR
Tanah pasir mempunyai saiz kumin lebih 0.05mm. Tanah pasir bertekstur sangat kasar, besar dan longgar, kering dan berderai atau peroi menyebabkan pengaliran air yang cepat dan mudah. Tanah jenis ini menyerap air dengan cepat dan ia cepat kering. Daya pegangan dan takungan air tanah pasir adalah kurang menyebabkan cepat panas apabila terkena sinaran matahari. Tanah pasir boleh dibaiki dengan menambahkan bahan organik supaya sesuai untuk penanaman.
Sesuai tanam tembikai, kelapa dan tembikai susu
TANAH ORGANIK
Tanah organik dikenali sebagai tanah gambut. Tanah organik berwarna perang gelap atau hitam. Tanah organik terbentuk daripada pereputan bahan organik seperti sisa tumbuhan dan haiwan
Sesuai tanam bawang merah atau putih, nenas dan bendi


