Ternak udang air tawar
Udang air tawar adalah haiwan yang lasak dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran serta mampu hidup tanpa memerlukan pam udara tetapi bergantung kepada kedalaman air.
boleh diternak / dipelihara dalam beberapa cara ⠀⠀
• Sebagai Perhiasan (pemeliharaan didalam akuarium).
• Diternak dalam kolam kanvas.
• Diternak dalam kolam simen.
• Diternak dalam kolam tanah.
• Diternak dalam tangki fiber/polytank.
TANGKI FIBER/POLYTANK
Kolam polytank atau kolam yang diperbuat daripada fiberglass antara kolam yang popular digunakan dikalangan penternak udang air tawar di Malaysia. Kelebihan kolam ini terletak pada fizikalnya yang mudah alih dan daya tahan yang tinggi. Selain itu, LAT yang diternak didalam kolam plastik / fiber lebih mudah untuk dipantau dari segi pembiakan, tumbesaran, dan juga penyakit. Manakala kekurangan kolam jenis ini adalah harganya yang tinggi untuk kolam bersaiz besar.
Kandungan klorin dalam air juga harus dihapuskan terlebih dahulu dengan anti-klorin jika menggunakan sumber air paip Suhu air yang sesuai ialah antara 25 hingga 29 darjah Celsius dan pH air sesuai 7-8.5.
Dissolved Oxygen (DO) ataupun oksigen terlarut dalam air perlu melebihi 5ppm untuk menjamin hidup dengan selesa. Bantuan pam pengudaraan diperlukan jika paras oksigen terlarut rendah. Selain itu, penternak juga boleh meletakkan batu-batu atau apa-apa tempat memanjat yang boleh digunakan untuk mengambil udara di permukaan air.
penggunaan net hitam untuk menutup kolam daripada panas supaya dapat mengekalkan suhu air pada julat optimum (25'c-28'c). Tempat terbaik adalah kolam yang di lindungi dari air hujan, tetapi pengudaraan yang baik, serta dapat di tembusi cahaya.
Cara mengatasi masalah ammonia adalah dengan menggunakan filter biologi (biological filter) iaitu filter yang diletakkan dengan bio-ring yang akan menjadi perumah kepada bakteria nitrifying yang akan menukarkan ammonia menjadi nitrite isama bahaya seperti ammonia) dan seterusnya menukarkan nitrite menjadi nitrate (kurang bahaya). Proses ini dikenali sebagai proses nitrifikasi (nitrification process).
makanan popular yang digunakan penternak adalah hydrilia.kacang hijau, ubi kentang. isi ikan dan juga pallet.
Waktu malam aktif iaitu antara 6 petang ke tengah malam.
Pemberian makanan juga biasa dibuat 2 kali sehari iaitu pada Waktu awal pagi dan juga waktu petang pada pukul 6 petang dan keatas.
haiwan nokturnal iaitu aktif pada waktu malam dan lebih banyak berehat serta menyorok pada waktu siang.
tempat persembunyian adalah pokok air seperti keladi bunting, hydrilia, kangkung, dan juga barangan seperti paip pvc dan kayu.
Untuk mengawankan yang ideal dan 70% berhasil nisbah 2:3 digunakan laitu setiap 2 ekor Induk jantan akan diletakkan bersama dengan 3 ekor induk betina.
PENEMPATAN INDUK BERTELUR
Induk bertelur dialihkan ke penempatan khas supaya dapat menjamin proses pengeraman telur berjalan dengan baik dan menjamin peratusan kejayaan anak benih menetas yang tinggi. Terdapat 2 kaedah penempatan induk bertelur iaitu seperti berikut:
1. Penempatan Solo - menempatkan hanya 1 ekor induk bertelur dalam 1 bekas. Sebaiknya bekas tersebut bersaiz minima 1 x 1 kaki.
2. Penempatan Berkumpulan menempatkan beberapa induk dalam 1 kolam dan induk tersebut perlu mempunyal umur telur sama (min beza 10 hari) Utk menjamin penetasan telur sekata dan memudahkan proses menuai anak benih.
Sebaiknya Induk bertelur dipindahkan ke tempat pengeraman ketika telur memasuki minggu kedua (telur warna coklat) kerana induk betina sudah tidak dijaga oleh jantan. Proses pemindahan haruskan dilakukan dengan berhati-hati supaya induk betina tidak melibaskan ekornya yang akan mengakibatkan telurnya gugur.



