Istiqamah? Apa itu istiqamah

bermaksud tetap teguh mengikuti satu jalan.

is.ti.qa.mah| استقامة

Definisi : ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus (termasuk urusan agama).

Pertama, Tahap Istiqamah Hati iaitu keadaan di mana kita sentiasa teguh mempertahankan kesucian iman dan memelihara hati dari perkara syirik, menjauhkan diri daripada sifat-sifat tercela seperti riak, dan menyuburkan hati dengan sifat-sifat terpuji seperti ikhlas. Dalam keadaan ini, Istiqamah hati mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap perkara yang membawa kepada kebenaran.

Kedua, Tahap Istiqamah Lisan iaitu memelihara lisan dan tuturkata kita dari ungkapan cela dan sentiasa berkata benar, jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak-dalik seiring dengan tindakan yang dilakukan. Tahap kedua ini ada pada orang beriman yang berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah SWT semata-mata.

Ketiga, Tahap Istiqamah Perbuatan iaitu yang merangkumi ketekunan kita dalam melakukan amalan atau apa sahaja usaha untuk mencapai kejayaan yang diredhai oleh Allah SWT sehingga menghasilkan sikap dedikasi dan konsisten tanpa timbul rasa cepat kecewa, lemah semangat atau berputus asa.


Pertama:

sentiasa istiqamah dan berazam untuk mengekalkan amalan-amalan kebaikan yang fardhu dan yang sunat.


Kedua:

berpegang kepada Aqidah yang benar dan menjauhi syirik, perkara-perkara maksiat dan mengekalkan ketaatan.


Ketiga:

menyucikan hati dengan menghayati sifat syukur di atas segala kurniaan Allah SWT selama ini di samping melatih diri selalu mengingati kebesaranNya dan meninggalkan sifat mazmumah.


Keempat:

melazimi pakaian taqwa dan patuh syariat


Kelima:

sentiasa tabah ketika menghadapi ujian, cabaran dan dugaan dalam hidup menerusi sifat sabar. Sabar dapat meningkatkan mutu ibadah dan akhlak terpuji.