Wisma, Turangga, Kukila, Wanodya, dan Curiga
mengapa ada yang mengatakan orang lelaki jawa itu kuat bekerja.
.
Begini, lelaki Jawa itu dianggap sempurna kehidupannya jika dia memiliki 5 perkara ini.
.
. Yakni jika diterjemahkan ke dalam bahasa kita membawa maksud Rumah, Kuda, Burung, Isteri, dan Keris.
.
Ini adalah sudut pandang orang jawa kuno (klasik) yang mana ketika saya membaca manuskrip ini, tidak boleh ditulis disini kerana boleh disalah erti. Kerana ianya melibatkan doktrin pemikiran yang bercampur dengan agama sebelum datangnya Islam. Tetapi pada sudut pandang saya dan pada era moden sekarang, inilah yang boleh kita katakan (saya ringkaskan dan buang yang melibatkan keagamaan)
.
Seorang lelaki Jawa itu kuat bekerja kerana ingin melengkapkan hidupnya dengan 5 perkara. Yakni memiliki Rumah, Kereta (kuda), Burung (alat komunikasi), Isteri dan Ilmu pertahanan diri (Keris).
.
Ya kan. Kalau tak kerja keras, bagaimana nak beli Rumah? Walaupun rumah sewa, tetap kena bekerja. Bagaimana nak beli Kereta, bayar bil wifi @ telefon, berikan nafkah kepada Isteri dan mendalami Ilmu pertahanan diri. Semua ini perlukan seseorang itu bekerja keras.
Walaupun secara amnya, tak kira orang jawa atau orang dusun, orang eropah atau orang arab, semua kena bekerja keras. Tetapi sudut pandang itu berbeza-beza. 5 perkara yang disebut ini adalah yang dinyatakan dalam menuskrip tentang kehidupan orang jawa.